28 March 2011

hidup memang begitu.....

hidup kita memang begitu,macam roda,kadang diatas,kadang dibawah,kadang bahagia,kadang derita,walaupun kita cuba susun aturkan hidup ni supaya nampak cantik,nampak comel tapi tetap ada bahagian yang sedikit tercalar,kita mahu ia jadi sempurna tapi masih jugak kurang sempurna,dah menjadi lumrah kita hidup ni xakan sempurna,

tambah,setiap kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Allah temukan kita dengan seseorang. Allah jugalah yang pisahkan kita dengan dia. Kita xmampu untuk menghalang segala ketentuan Allah. Kita juga xmampu ubah apa yang telah Allah tentukan untuk kita. tapi segala apa yang terjadi itu kita haruslah jadikan pengajaran.

perjalanan hidup kita masih panjang. InsyaAllah jika dipanjangkan umur olehnya. maka kita xpatut rasa lemah. xpatut rasa sedih dengan apa yang berlaku. xharus rasa menyesal dengan apa yang telah pun terjadi. sebagai manusia biasa kita mesti bangun, bangun untuk hidup,bangun untuk mencapai apa yang kita mahu,bangun untuk buktikan pada mereka-mereka yang menganggap kita ni lemah,busuk,hina bahawa kita juga mampu berjaya walaupun tanpa mereka disisi.

dan juga kita harus berterima kasih pada mereka-mereka ini yang pernah menghancurkan hati kita, yang pernah memijak hina hati kita, yang pernah melempar jauh hati kita kerana apa yang mereka lakukan telah berjaya membuka mata kita untuk tidak terus2 mempercayai setiap bait kata atau janji manis yang lahir dari mulut mereka.


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

No comments:

Post a Comment