Kadang-kadang aku terfikir,
siapakah yang mahu Tuhan anugerahkan untuk aku sebagai teman hidup,
orang yang dekat yang aku kenalkah??
orang jauh yang aku xpernah tahu siapa dirinya, bagaimana familynya, apa kerjanya??
atau orang jauh mahupun dekat yang memang aku tak pernah sedar kewujudannya?
setiap sorang yang aku kenal,
mungkin lama-lama aku sayang ternyata bukan jodohku,'maka siapakah gerangan insan yang begitu lama masa yang diambilnya untuk menemuiku..
Wahai jodohku,
dimanakah kamu??
masih jauh lagikah perjalanan kamu datang menemuiku??
aku mohon kamu sihat,baik adanya....
tinggikanlah ilmu agama didadamu agar dapat kamu bimbing aku nanti...
Wahai anugerah Yang Maha Esa,
cepatlah datang menemuiku ya!
aku mahu,mahu kongsi segala rasa yang aku ada,
kongsi segala harta yang aku punya,
kongsi bahagia bersama sampai bila-bila,
tolong ya!aku mahu kamu wahai pendampingku, tolong dekat !
Dalam hidup ini mungkin kita boleh bercinta banyak kali. Bertemu dan Berpisah. Tapi di satu tempat dan di satu masa kita akan berhenti. Melihat dan jatuh cinta buat kesekian kalinya. Sekali dalam hidup. Hanya untuk mereka yang bertuah. Cinta abadi akan menjelma.