19 September 2012

tolong kuat

dear HATI,

I know u have been hurt for to long. till u meet the one. save the heart. but remember Allah fate. how hurt u are never forget Allah always be on your side.

KEEP THE FAITH. N u'll be ok.


sayang selalu,
bintang kristal


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

04 September 2012

Alhamdulillah. Syukur padaMU Tuhan.

Tuhan,

setiap kali hati ku terdetik untuk menulis,
aku hanya ingin titipkan rasa syukur padaMU,
syukur atas setiap kurniaMU,
syukur atas anugerahMU,
syukur kerna hadirkan MOHD KHAIRUL AKMAR dalam hidupku.

Ya Allah,
dia jodoh yang telah Kau tetapkan untukku,
Kau panjangkanlah usia jodoh ini hingga ke akhir hayat kami,
Kau jadikanlah kami pasangan bahagia di dunia dan akhirat,
Kau bantulah kami dalam mencari keredhaanMU.


Ya Rabbi,
Kau satukanlah hati kami,
titipkanlah kemesraan antara kami,
jauhkanlah kami dari gangguan orang ketiga,
mekarkanlah cinta dalam hati kami buat selama2nya.
dan kau ikhlaskanlah hati kami dengan segala ketentuanMU,


Amin.






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

18 July 2012

Tuhan, beri aku cinta !

hye, hey, hello.
hati
rasa
sakit


awak,
mungkin awak xpernah tahu kisah2 silam saya
dan coretan ini bukan untuk mengungkit kisah silam saya
cuma sekadar luahan hati saya

awak,
saya xmintak perhatian dari awak 24/7
cuma saat2 yang saya rasa saya mahu ada awak
untuk bercerita, bersenda, dan mungkin menyulam cinta

awak,
saya xnak kita gaduh2
bukan saya xkenal awak
saya tahu awak marah2 sebab nak gurau2 ngan saya
tapi kadang2 hati lembut saya ni sensitif


awak,
 saya nak mintak satu dari awak,
 ingat satu ni.
 "bila saya dah xder kat dunia ni, baru awak boleh ader yang lain"
 ingat ye.

 ingat
ingat


 Tuhan, berikan saya lebih rasa cinta dalam hati untuk saya terus mencintai dia. amin.













 Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

15 July 2012

satu pesanan

berpesanlah
mimpi kita bukan lestari
jangan hanyut kerananya
dan kudrat itu manfaatkan
usah dipersia
dalam setiap denyut nadi
kurnianya
maka sujudlah dalam dingin fajar siddiq
hening suasana
panjatkan keampunan pada pencipta






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
dalam getar waktu
ku kutip tiap bicaramu
yang tercicir dari tiap langkah
untuk ku cari di mana pintu hatimu


ada yang tak pernah aku dengar
sementara musim terus berlalu
ku nanti lagi bicara bisu
bila rindu menerjah kalbu


 akhirnya,

ada kalimah yang tak sempat terucap
dan harapan pun berlalu tanpa menoleh padaku
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

nota lama

manakan sama kaca dan permata
namun kau buta tertipu sinar nista
lorong-lorong kelam pudar hitam warna
kau redah jua walaupun aku di sini
bersama cahaya menerangi

sinar dimata itu melukiskan sebuah pengertian
tergambarlah maksud yang suci mahukan abadi
sekuntum haruman penyegar hidup selamanya kasih

seluas lautan biru ingin aku rentangkan
ingin aku buktikan betapa kepasrahan ini telah lahir
dari sanubari yang mengerti dan faham kekuasaan yang tak tergambarkan
keagungan Tuhanku Yang Esa.






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

14 July 2012

konflik.

bertabahlah, dugaan itu akan datang menjenguk kita xmengira masa, 
sedih tapi, itu hakikat yang perlu kita terima. 

saya ni tak sempurna tapi saya berusaha untuk menjadi sempurna, 
maafkan saya sebab buat awak marah 
maafkan saya sebab buat sesuati yang awak tak suka.
awak, awak, awak, 
kadang bila saya buat silap, tegur saya dengan kasih sayang, boleh kan?????????? 
saya ni lemah, hati saya, pun sama, lemah.
jadi, nangis saya bukan bererti saya lemah tapi saya sedang mencari kekuatan untuk kuat. 
terima kasih kerana berusaha membimbing saya,
terima kasih kerana menyayangi saya, 
terima kasih kerana ada untuk saya. tolong bawa saya ke Jannah ye.=) Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

12 July 2012

line problem, macam kita jugak. tapi tetap cinta

last nite,kite gaduh ngan tunang kite. tak sangka hal sekecil kuman tu pun bole jadi gaduh. what to do. till i feel yg i ni ntah sape2 bagi dia. but, kasih n sayang i pada dia hanya Allah jer yang tahu. lama dah xrasa macam ni. sesak, sakit, perit, separuh nafas hilang. mungkin jika di biar berterusan hilang terus diri ini bersama nafas itu. haishhh... Ya Allah, tolong pelihara hati ini dari dilukai lagi. jahitan semalam masih belum cukup sempurna, belum cukup kuat untuk menahan segala rasa. siapa sangka hati sekecil ni mampu menanggung berjuta rasa. sakit, sedih, derita, duka, bahagi mungkin tiba namun tempohnya tiada siapa tahu. ok. pagi tadi, tunang kite kejut. even kita dah bangun dah. then, masa otw pegi keja dia cal lagi. mintak didodoikan. cishhh syukur sangat perkara semalam tu xberlanjutan. then masa tengah on call ngan dia. ada beberapa kali line tepon terputus. mungkin sebab line yang xberapa ok. samala macam hubungan. kadang2 ok kadang x apapun, tetapkan pada hati pada diri mahu kita apa. then DOA USAHA insyaallah, ianya berkekalan. mana tahu sampai Syurga sana. Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

05 July 2012

dan bila waktu itu terus berjalan, begitu juga langkah kaki kita menyusuri hari-hari mendatang. kita, mereka, sesiapa sahaja. terus meneruskan hidup. mungkin seperti biasa, mungkin ada yang berubah, atau mungkin masih lagi di takuk lama. berjalan, berlari, berhenti bila lelah. aku juga. kini aku melalui fasa-fasa baru, dalam melangkah ke lagi 1 stage yang terpaling besar dalam hidup,fasa pertunangan yang orang memandang ia sebagai fasa ujian. ya! aku akui. aku di uji. mengapa aku sering kali mengingati dia yang menjadi masa lalunya. Ya Allah, jauhkanlah ingatanku dari memikirkan diri insan tersebut. aku tidak rela menyakiti hatiku sendiri. Ya Allah jadikanlah lelaki ini lelaki yang setia mencintaiku, tulus menyayangiku. jauhkanlah juga hubungan kami ini dari gangguan orang ketiga. aku memohon padaMu Ya Allah. panjangkanlah tempoh pinjaman cinta dalam hati kami berdua sampai ke akhir hayat. amin. wahai tunangku, selagi jantung ini masih berdegup, selagi itu cinta sy pada kamu xkan mati. walau bertukar jasad sekalipun. mencintai kamu akan menjadi kewajipanku andai benar kamu jodohku. love u 4ever, syibratun ilyani Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

30 May 2012

soul+heart

tanggal 28052012 (isnin) jiwa dan hati dalam diam diikat kuat ikatan yang direstui keluarga moga2 ikatan itu tak terlerai moga2 ikatan itu terus kukuh moga2 ikatan itu kekal sampai ke jinjang pelamin. insyaallah saat yang tak pernah aku duga akhirnya berlaku dalam hidup biarpun sederhana tapi aku pasrah bersyukur melihat cincin tersarung di jari (bahagia) namun kadang hati jahat itu sering meronta fikiran melayang semoga pilihan aku ini adalah yang terbaik untuk aku, keluarga dan seisi alam. Tuhan, Engkau tahu segalanya. moga cinta yang kau letakkan dihatinya hanyalah untukku. semarakkanlah cinta itu dengan iman, amal dan taqwa agar dia bisa membimbingku. Tuhan . . Aku tidak perlu orang yang sempurna untuk mendampingiku . Aku hanya ingin orang yang mau menjadi pelengkap kekuranganku . Membuat aku merasa "ADA" , membuat aku tersenyum dan berkata "AKU BERUNTUNG MEMILIKINYA" ...~ >>sweet sgt bla dia kata "mana cincin? esok pkai p ofis. bia orang lain xngorat awk dah" haishhh...hehe saya xkan lupa awak. awak sorang jer dalam hati saya. harap dia benar2 memaksudkannya. Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

02 May 2012

terus2 kuat hati...

sumtimes rasa mcm tak sangka hati tu mampu sekuat ini, betapa rasa sedih yg kadang2 menjelma tapi dilepaskan dengan redha. dan bersangka baik itu tetap terus berada dalam hati sampai xmampu untuk wujudkan rasa marah atau dendam. terima kasih Allah atas setiap ujian dan dugaan yang Engkau berikan . buat saya jadi kuat. dan masih mampu tersenyum walaupun dalam luka. dan hidup sememangnya begitu kan. apa yg saya harapkan semoga awak lupakan masa lalu awak. bukan niat untuk memaksa awak melupakan segalanya cuma biarlah apa yang terjadi dulu hanyalah sebahagian kenangan dalam hidup awak. seperti saya jugak yang terus berusaha melupakan masa lalu saya untuk membina masa hadapan bersama dengan awak. biarpun situasi kita berbeza tapi saya mohon demi kebahgian kita bersama jangan buat sumthing yang lama2 akan sakitkan hati saya dalam diam. dan dari hati yang terpaling dalam saya nak ucapkan terima kasih banyak kat awak, sebab sudi jaga hati saya. insyaallah, saya juga akan jaga hati awak dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Allah sebab bukakan hati saya untuk terima dia. semoga perasaan cinta yang ada ini kerana Mu dan berada dalam redha Mu selalu. amin! Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

19 April 2012

hidup ni jangan kedekut berdoa!

Ya Allah, aku mohon agar kebahagiaan ini kekal berpanjangan sehingga akhir hayat kami. Moga hubungan ini direstui, Moga dia segera menjadi yang halal bagiku. dan jauhilah kami berdua dari gangguan orang ketiga. Amin

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

18 April 2012

Syg nak abg tahu..
Syg nak abg sihat,
sebab syg risau kalau abg sakit.
Syg nak abg gembira,
sebab syg tak hepi kalau abg sedih.
Syg nak abg ceria,
sbb syg rasa sepi kalau abg muram.
Syg nak abg kuat,
sebab syg lemah kalau abg down.
Syg nak abg tahu yg syg bkn syg abg yg baik tapi syg cuba belajar jadi syg abg yg BAIK...


Jika diberi pilihan untuk gembira, syg mahu gembira disamping abg...
Jika diberi pilihan untuk menangis, syg mahu menangis di bahu abg...
Jika diberi pilihan untuk hidup, syg mahu hidup di sisi abg
dan
Jika diberi pilihan untuk mati, syg mahu mati dalam pelukan abg !

sincerely,
bintangkristal

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

16 April 2012

DIA=MASA SILAM KAMU

AKU=MASA DEPAN KAMU

SAAT KAMU MEMILIHKU, SAAT ITU KAMU HARUS LUPUTKAN MASA SILAM KAMU UNTUK HIDUP BERSAMA MASA DEPAN KAMU.

NAMUN, PILIHAN MASIH DITANGAN KAMU,

AKU JUGA,

MOGA-MOGA ALLAH BERIKAN APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

14 April 2012

saya mahu...

saya mahu,
jadi kawan awak.
saya mahu,
jadi teman gaduh awak,
saya mahu,
jadi kasih awak.
saya mahu,
jadi sayang awak,
saya mahu,
jadi milik awak,
saya mahu,
jadi kekasih halal awak...

saya nak jadi semuanya untuk awak,
tapi saya akan tetap jadi diri sendiri bagi awak buat selamanya.

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

05 April 2012

terkilan !

Ya Allah Ya Tuhanku,
aku xtahu bagaimana susun atur hidup ku
sungguh aku kadang merasa gelisah,
tatkala ada sesuatu yang bermain di hati.

dan hati kadang berkata benar,
bila susah means akan ada benda yang telah aku buat dia susah,
kesian,
aku xtahu
bagaimana??
apa??
patut aku lakukan

Engkau aturkan pertemuan aku dengan hambuMu yang lain,
lalu terjalin ikatan silaturrahim.
yang aku harap kekal bukan hanya di dunia
malah di akhirat sana,

Engkau letakkan kasih sayang dalam hati kami,
agar kami saling memahami,
namun kadang ada yang xmengerti.

perasaan hanya mahu dirasakan diri sendiri
melainkan diluahkan
tapi
saat terluah perasaan mungkin xdapat pembalasan yang sama
maka,
harusnya apa??

terus melangkah pergi??
atau tetap ada memerhati???

Ya Allah

andainya hatinya terguris kernaku,
kerna perbuatanku,
ampunila aku,
aku xberniat untuk mengguris perasaan sesiapa,
aku mahu semua gembira,

dalam masa aku bahagia
mungkin ada yang akan terluka

tapi aku mahu dia terus ada
sebagai sahabat, teman dan saudara seagama.

InsyaAllah...!



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

30 March 2012

kongsi bahagia saya dengan anda =)

saya gembira.
saya bahagia,
saya rasa segala rasa ini,
segala rasa yang saya mahu kongsi dengan semua.
tapi,
masih saya tetap sama,
masih belum mampu
menggembirakan
membahagiakan,
tetap ada yang terluka,
masih ada yang derita.

>>maaf ye saya tak mampu membahagiakan setiap hati di dunia, cuma saya dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati ingin berkongsi setiap gembira dan bahagia saya dengan anda semua. di dunia dan akhirat.


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

28 March 2012

♥♥♥ Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah,
... ... awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" DOA
dari awak...♥♥♥


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

26 March 2012

belajar setia !

saya sedang belajar setia...
saya sedang belajar setia...
saya sedang belajar setia...



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

selamat hari polis !!

selamat menyambut hari peringatan polis kepada semua warga PDRM di seluruh Malaysia terutama sekali kepada PDRM KONTINJEN PULAU PINANG N INCIK JIWA...HEHE...


Pagi 25032012 jam 0645 sy gerak dari umah ke opis...ready tuk sambutan hari polis ke 205...smemula ingat nk parking dalam tapi incik persona suh parking luar plak...dia bertugas pg td...awl2 g dh p opis...

sy??

haha ganti orang masuk koir...belasah ajer lah....janji dapat sumbangkan tenaga untuk hari polis.........

ingatkan habis lambat sebab Dato' KP yang amek majlis tu...selalunya ucapan dia bagi lama kemain...tapi tadi kejap la plak.....lepas suma selesai ingat nak ler kuar jalan2 p main boling ka, apa ka tapi incik persona plak habis kja kul 1....so, dia suh sy balik dulu...katanya nnti dia p umah....dok sat2 dia cal, tapi kata xjadi plak....aisehhh....xjadi xpala.....tp terkecik jgk la hati...

dh abis kja dia cal agi....kta malas nak kua panas2 ni....hurmmmm,kecewa lagi.....


tp dan lagi dok video call....elok2 dok sembang dia buleh terlena...saba jela.....

dah dia lena sy pun masuk bilik lena jgk....sedar2 dh kul 5, sy igt nk kua g makan ayam penyet tapi dia cakap xnak p....lagilagi frust....ok sy pun bgn on fb....bru jer nk updet blog tgk2 dia cal kata suh bukak pagar dia dah sampai depan pagar.....haiyooo...sy dgn kelamkabut p la bukak pagar kat dia...muka bru bgn tdo, taik mata dok ada lagi,rambut kusut gila malu arrr kat dia.....

cian dia...nk surprise la sgt kan last2 kna tgu sy bersiap2.....

xpala, bukan selalu kan...hehe


apapun,selamat hari polis tuk dia....MKA...

semoga terus tegas, adil dan berhemah.....

muaaahahahaa


>>ajar dia buat LUCKYSTAR....
>>sampai sekarang dok kusyuk buat...ingatkan xminat....xsangka lak dia suka....siap suh beli byk2 lagi...

>>apapun,semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik tuk kita semua....amin!



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

24 March 2012

untuk JIWA.

terima kasih jiwa,
masa sejam bersama awak semalam cukup untuk buat saya tersenyum,
bukan untuk saat itu tapi mungkin seumur hidup,
mohon Tuhan jangan diambil perasaan indah ini.
tapi,
andainya ia cuma sementara redhakanlah hati aku dengan setiap ketentuanMu.



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

23 March 2012

bila hati yang satu mula menyayangi jiwa yang itu,
biar apa saja yang menghalang tetap akan setianya hati pada jiwa...

bahagia kan...

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

07 March 2012

menerima seseorang yang menyayangi kita atau melepaskan seseorang yang kita sayang???

06-03-2012 21:41
antara mimpi dan realiti,
percaya atau tak,
dan selalunya bila Allah bagi aku ujian,
ujian itu yang paling berat yang aku rasa,
kadang sampai terjatuh duduk,
hingga menangis untuk cari kembali kekuatan,
lantas aku bangun dan terus hidup macam biasa...
dan sampai satu masa Allah kirimkan mereka-mereka ini,
yang menyayangi aku,
yang aku sayangi,
bila hati penuh kasih, sayang, cinta ...
itu namanya bahagia
tapi bila sedih, kecewa, terseksa,
itu namanya derita...
apapun,
bagaimanapun,
setiap apa satu pun yang Allah beri,
terima kasih Allah.

pilihan itu tetap ditangan aku,
tapi apa yang terbaik itu cuma Allah yang tahu,
siapalah aku untuk terlalu memilih,
bukan wanita rupawan,
bukan wanita hartawan,
cuma ada hati untuk dijagai,disayangi,dicintai...

mohon dibukakan hati aku Ya Allah,
mohon ditenangkan jiwa aku Ya Allah,
mohon ditunjukkan jalan untuk aku memilih yang terbaik,
terbaik bagi aku cukuplah sekadar dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadapMU,
menjadi pembimbing aku menuju Syurga Mu,
menjadi penyelamat aku sekiranya aku tersesat,
menyayangi aku dengan nikmat kasih sayang Mu,
dan menerima aku setiap apa adanya diriku...
cukuplah itu saja untuk aku,
moga-moga ditetapkan hanya dia teman hidupku sampai akhir hayatku
InsyaAllah, akan ku serahkan seluruh hati, jiwa, diri dan hidupku untuk dia dengan izin Mu Ya Allah !!


>>memilih menerima seseorang yang menyayangi kita atau melepaskan seseorang yang kita sayang itu adalah sebahagian daripada kehidupan.


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

28 February 2012

harapan itu tetap ada !

bila dah lama tinggalkan zaman study ni terasa pulak nak study balik. 
nak tebus balik result2 yang da cacat cela masa lalu. 
nak pikirkan tentang cita2 yang diimpikan dulu
moga-moga ada rezki untuk saya nak bercinta dengan buku lepas ni .... amin !

p/s:dah tua2 ni baru gediks nak study !mengong!huk2
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

ini pesan saya !

dah seminggu berlalu,
tapi masih macam tu,
tetap sama,
tak berubah,

malam tu awak tanya,
awak minta saya cerita,
sedang hati tu telah sedia sakit,
bila awak tanya,
awak pujuk saya cerita,
bila saya cerita,
saya rasa sakit,
sakit yang teramat sangat,
saya dah pesan kat awak,
jangan tanya saya nanti saya nangis,
tapi awak tetap jugak,
tetap mohon saya cerita,
dan saya nangis !!
(T_T)

sakit bukan sebab masa silam,
sakit sebab masa semalam,

saya tak tahu apa patut saya rasa sejak itu !!!

tapi yang pasti
saya pesan kat awak jangan baik dengan saya kerna simpati dengan nasib saya !
ingat ! ini pesan saya !!!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

26 February 2012

terimalah aaku apa adanya !

bila kita dapat menerima seseorang dengan seadanya,
kita akan faham dia apa adanya !!=)(=


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

tetap tunggu kamu!

selagi nadi berdenyut,
selagi jantung berdegup,
aku akan tetap tunggu kamu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
WAHAI JODOHKU !!!

(^____________^)


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

roboh tembok kepercayaan, MAKA muncullah pintu keraguan !!

sejak mula lagi,
kau bina tembok kepercayaan,
kuat,
kukuh,
mungkin telah kau konkritkan,
supaya xkan terrobohkan,
walau dilanda ribut,
walau diterjah ombak,
walau dilanda tsunami,
akan tetap kekal berdiri teguh.

tapi,
tiba-tiba,
kau sendiri,
kau sendiri yang pecahkan tembok yang kau bina,
hancur,
berkecai,
sekelip mata....

maka,
mana mungkin akan ada lagi KEPERCAYAAN
dan disitulah akan bermulanya pintu KERAGUAN....


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

lepaskan dia demi cinta sejatinya...




dalam banyak2 perkara,dalam banyak2 benda di dunia ni, mohon Allah jauhkan diriku jadi orang ke 3 antara sesiapa pun... cukuplah aku cukup untuk mengertikan perasaan kaum sejenisku sendiri.... sakit rasanya bila kita sayangkan seseorang tapi sebenarnya dia sudah punya insan yang tersayang lebih awal dari kita.... atau ,mungkin dia sudah meninggalkan kekasihnya demi untuk bersama kita.... tapi menyedari yang sebenarnya dia masih sayangkan kekasihnya dulu....maka dalam situasi ini walaupun kita xpernah sedar akan kewujudan yang terdahulu tetapi tetap dilihat sebagai orang ketiga bukan??


menjadi sebab seseorang ditinggalkan juga merupakan suatu perkara yang menyakitkan... yang ditinggalkan tu pasti sudah sedia sakit... tapi yang menjadi sebab itu jugak akan turut sakit bila mengetahui dia sebenarnya sudah menjadi punca perpisahan mereka....


adakah ini juga dinamakan ujian hidup?? atau mungkin satu petunjuk?? semuanya hanya ada dalam lingkungan Allah S.W.T.... moga2 setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.....


merindui kasih yang diredhai Allah.

Dalam bercinta, ego kena diketepikan. Tiada salahnya melepaskan orang yang kita cintai yang kita tahu dia bukan milik kita. Biarlah apa orang anggap, atau si dia anggap. Yang penting kita tahu apa yang kita buat.

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

21 February 2012

HARI INI TIADA HATI

XTAU NAK CAKAP APA, RASA YANG MACAM MANA, DATANG OPIS DENGAN DIRI YANG SEMATA-MATA NAMPAK KUAT BERDIRI PADAHAL TIADA HATI.

MINTAK TOLONG SESIAPA. PINJAMKAN BAHU. AKU MAHU, MAHU NANGIS SAMPAI PUAS!


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
Kadang-kadang aku terfikir,
siapakah yang mahu Tuhan anugerahkan untuk aku sebagai teman hidup,
orang yang dekat yang aku kenalkah??
orang jauh yang aku xpernah tahu siapa dirinya, bagaimana familynya, apa kerjanya??
atau orang jauh mahupun dekat yang memang aku tak pernah sedar kewujudannya?
setiap sorang yang aku kenal,
mungkin lama-lama aku sayang ternyata bukan jodohku,'maka siapakah gerangan insan yang begitu lama masa yang diambilnya untuk menemuiku..

Wahai jodohku,
dimanakah kamu??
masih jauh lagikah perjalanan kamu datang menemuiku??
aku mohon kamu sihat,baik adanya....
tinggikanlah ilmu agama didadamu agar dapat kamu bimbing aku nanti...

Wahai anugerah Yang Maha Esa,
cepatlah datang menemuiku ya!
aku mahu,mahu kongsi segala rasa yang aku ada,
kongsi segala harta yang aku punya,
kongsi bahagia bersama sampai bila-bila,

tolong ya!aku mahu kamu wahai pendampingku, tolong dekat !


Dalam hidup ini mungkin kita boleh bercinta banyak kali. Bertemu dan Berpisah. Tapi di satu tempat dan di satu masa kita akan berhenti. Melihat dan jatuh cinta buat kesekian kalinya. Sekali dalam hidup. Hanya untuk mereka yang bertuah. Cinta abadi akan menjelma.

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

20 February 2012

perasaan yang seperti semua rasa dalam jiwa berlumba-lumba nak keluar,
dari dasar yang terpaling dalam,

perasaan yang seperti semua perkara di kepala mahu memuntahkan segalanya,
biar ringan xmemberatkan,

perasaan yang seperti mahukan seseorang untuk meluahkan segala kata,
seseorang yang paling punya rasa untuk dipercaya,

hati mula, oh sudah mula rasa terganggu...
tolong dikuatkan hati ini Tuhan,

kadang lemah walaupun perlahan-lahan ia sedang menguat...

mohon-mohon sangat dikirimkan seseorang untuk aku kongsikan segala-gala rasa dijiwa...




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

17 February 2012

LOVE3

LOVE IS SWEET LIKE CANDY,
LOVE IS BEAUTIFUL LIKE FLOWERS

BUT SUMTIMES,
LOVE IS CRAZY LIKE ME !!!

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Doa

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Ya TUHAN-ku,
aku akui Kekuasaan-MU,
nikmat, lagi rahmat,buat diriku tak terbalas olehku, ya ALLAH.

Ya TUHAN-ku,
hamba-MU ini mensyukuri rahmat yang KAU beri,
umpama rezeki, melimpah ruah, ya ALLAH. Alhamdulillah.

Dengan rahmat-MU, Ya ALLAH,
KAU pertemukan kami,
maka,
satukanlah hati kami,
titipkanlah rindu antara kami,
mekarkanlah cinta antara kami.
Lantas, peliharalah kami ya ALLAH,
dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama.

Ya RAHIM,
permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami.
Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur.
Dengan rahmat-MU, ya ALLAH,
lagi,
sinarilah hati kami dengan nur iman yang bergemerlapan,
agar kami tidak hanyut denan godaan dunia, yang hanya pinjaman semata.
Amin, amin. Y a Rabbil A'lamiin.


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

16 February 2012

sumtimes,

sumtimes,
aku rasa macam xnak pedulikan apa2,
aku rasa seperti xnak hiraukan sesiapa,

henpon xnak tengok,
baju xnak basuh+lipat,
makan xnak hiraukan,
tv xnak tengok,
blog xnak update,
fb xnak check,


bahagia kan duduk dalam dunia yang aku rasa cuma ada aku saja,

sungguhlah kesian!!!

(^____^)



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

14 February 2012

Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ............... (nama penuh insan tersebut),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

13 February 2012

LEGA DAH  !!!!!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
percaya??janji??kenapa berjanji kalau akhirnya dimungkiri??

lelaki boleh mengaku dia bukan kaki pompuan tapi cuba kalau suddenly dihadapan ada sorang pompuan hotz, body ala2 model, then,what shud he do??? tengok jer??woii camonla. xyahla nak sembang kuat. kalau dah nama lelaki tu tetap lelaki.

kenapa?

kenapa nak bagi harapan kat orang, konon2 dia yang satu, tapi at the end tetap belah tinggalkan pompuan tu. dalam hal yang macam ni sapa yang bodoh?sapa yang diperbodohkan.pompuan jugak kan.

spesis lelaki ni memang wujud. i'm not judging. juz throw out everything inside my heart. aku sedar aku pun xsempurna. tapi sampai masa aku rasa macam its not fair. untuk hati wanita macam aku ni.

apapun, aku tau Allah dah tetapkan takdir untuk kita. sesusah mana hati aku aku percaya Allah sentiasa ada untuk aku.

Moga-moga aku terus diberi kekuatan. Amin.



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

cerita hari

hari ini hari yang bahagia,
hari ini hari yang kurasa ada jiwa,
hari ini hari yang tiada duka,
hari ini hari yang semua nampak sempurna...

aku ada kau,
kau ada aku,
walau kau jauh,
tapi tetap dekat aku...

cerita tentang hari,
cerita tentang kita,
cerita tentang bahagia,
cerita tentang apa yang sempurna...



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

07 February 2012

terukir di bintang-yuna



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
di setiap 1000 kebaikan seseorang itu pasti tersembunyi 1 kejahatan,
dan mungkin di setiap 1000 kejahatan seseorang itu sebenarnya tersembunyi 1 kebaikan...

oleh itu bersangka baiklah pada semua orang dan berhati-hatilah dalam mengenali sesiapa saja.

sekadar ingatan n pesanan untuk diri sendiri!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

memo untuk Tuhan!

kebanyakkan post2 saya dalam ni berkait dengan permintaan hati,suara hati, dan apa saja tentang hati...kadang2 saya rasa hati saya kuat,kadang2 saya rasa hati saya lemah, kadang2 hati saya dalam kondisi yang paling sukar ditafsirkan.apapun keadaan hati saya, saya mohon moga2 ada garis2 ketenangan, ada warna2 kebahagiaan, kerana kebahagiaan itulah yang setiap insan cari dalam kehidupan ini.

Tuhan,
dalam meniti perjalanan hidup ini,
ada langkah saya yang tersasar,
saya mohon diperbetulkan.
ada dosa yang saya lakukan,
saya mohon diampunkan.
ada ruang kosong dalam hati,
saya mohon diisikan ketenangan.
ada kelemahan iman dalam diri,
saya mohon agar dikuatkan.
semoga saya diberikan petunjuk dan hidayah mu YA ALLAH!

amin.

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

cinta tua,

saya harap awak akan jadi mata saya bila saya dah tua,
saya harap awak akan jadi telinga saya bila saya dah tua,
saya harap awak akan tetap pegang tangan saya walaupun saya dah tua...

sayang saya,
cinta saya,
kasihkan saya,
jaga saya,
bimbing saya.....sampai tua.


awak,
saya mahu awak ada di sisi saya walaupun usia tua kian menjengah.
saya mahu awak tetap bersama saya walaupun saya dah xmampu untuk kuat macam masa muda.
saya mahu awak selamanya ada untuk saya sampai saya mati!

biarlah orang kata apa saja janji kita tua sama2,dan cinta kita itu jadi CINTA TUA!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

06 February 2012

sekadar renungan bersama

Kegagahan seorang wanita pula bukan terletak pada pejal otot badan , tapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah :
>Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
>Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
>Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
>Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginannya


* Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman . Seluruh kegagahan yang ade pd Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan .
________________________________________


Seorang LELAKi ajnabi yg berani menyentuh tangan Wanita atau menciumnya...Lelaki ini bukan menyintaimu,,malah MENGHINA & MEMPERMAINKANMU..cinta ini dinamakn CINTA JIJIK & KOTOR. 


Jika LELAKI ini benar-benar MENYINTAIMU..dia tidak akan pernah Menyentuhmu walaupun sedikit sebelum bernikah..kerana dia terlalu menjaga MARUAH mu dan ingin MENIKAHIMU secara HALAL duhai wanita...


Dan ini barulah dinamakn CINTA SEJATI..


~~ We ♥ الله ~~
_________________________________________


Tanda2 Seorang lelaki benar2 mencintai anda.


1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.

Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda.


_________________________________________


WAHAI LELAKI

Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██



_____________________________________

‎*•.¸¸.•*`*•.¸.ƸӜƷ`*•.¸ ♥*•.¸¸.•*`*•.¸.ƸӜƷ`*•.¸ ♥
ƸӜƷ .. Cinta ibarat rama-rama .. ƸӜƷ
.. Makin kau kejar , makin ia menghindar ..
.. Tapi bila kau biarkan ia terbang ..
♥ Ia akan menghampiri disaat kau tak menduga ! ♥
cinta boleh membahagiakanmu tapi sering pula ia
menyakiti…tapi cinta itu hanya istimewa apabila
kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya.
*•.¸¸.•*`*•.¸.ƸӜƷ`*•.¸ ♥*•.¸¸.•*`*•.¸.ƸӜƷ`*•.¸ ♥



copy from pages https://www.facebook.com/pages/SaYa-SaYaNG-aWaK-LAGi-tAPi-/166137133415058
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

25 January 2012

bebel jer!!!

aku sebenarnya pantang bila orang nak ajak kuar tapi make it last minit....
aku bukan orang penting sangat pun tapi sekurang-kurangnya aku pentingkan jugak masa.....aku mai keja pun kadang2 ada jugak lewatnya...tapi xselalu....ini time break aku xnak la sampai masuk opis balik lambat.....lain kali klau nak ajak aku kua makan plizzzz bagitau awal....aku xsuka last2 minit pnya date yer....hahhaaa......date ker???bluekkk nak muntah.....whateverlah, tolong cepat sket......lalalallalala


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

14 January 2012

its weekend!!

skjp jer dah smp weekend yang kedua tuk 2012.....weekend yang first sampai ke taiping....second weekend ni???haha...dok umah ajer....byk keja nak kena buat....basuh baju yang menimbun,kemas bilik yang bersepah,update staus kat fb,update blog, n satu lagi nak main lukis2 pastu kaler2 guna krayon....

apepun,hepy weekend guys...~~~


>>knpla rasa cm nak tdo balik ni....huhuhu




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

13 January 2012

yang sebenarnya

baru saya tahu,

sebenarnya, kecewa itu sakit yang sementara...
dan bahagia itu adalah sesuatu yang terindah walaupun ianya cuma seketika...




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

01 January 2012

hye 2012

wishlist new year:

::amik exam KPSL dan lulus dgn jayanya
::apply PJJ USM
::upgrade asset2 yang ada

tapi yang paling penting sekali upgrade diri menjadi lebih baik dari sebelum ni///

>>kepada mereka yang menyayangi saya, thanks kerana membuatkan diri saya sempurna>>kepada mereka yang pernah menyakiti saya, thanks kerana telah mengajar saya erti kesabaran dan berharap kamu tak akan merasa sakit seperti apa yang telah saya rasakan>>kepada mereka yang pernah saya sakiti, maafkanlah kesilapan saya kerana saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan>>kepada sahabat saya, mungkin kita banyak perbezaan, tapi ketahuilah yang saya sangat memerlukanmu>>kepada mereka yang mencintai saya, thanks kerana telah memberikan warna2 dalam kehidupan saya...amin

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net