02 May 2012

terus2 kuat hati...

sumtimes rasa mcm tak sangka hati tu mampu sekuat ini, betapa rasa sedih yg kadang2 menjelma tapi dilepaskan dengan redha. dan bersangka baik itu tetap terus berada dalam hati sampai xmampu untuk wujudkan rasa marah atau dendam. terima kasih Allah atas setiap ujian dan dugaan yang Engkau berikan . buat saya jadi kuat. dan masih mampu tersenyum walaupun dalam luka. dan hidup sememangnya begitu kan. apa yg saya harapkan semoga awak lupakan masa lalu awak. bukan niat untuk memaksa awak melupakan segalanya cuma biarlah apa yang terjadi dulu hanyalah sebahagian kenangan dalam hidup awak. seperti saya jugak yang terus berusaha melupakan masa lalu saya untuk membina masa hadapan bersama dengan awak. biarpun situasi kita berbeza tapi saya mohon demi kebahgian kita bersama jangan buat sumthing yang lama2 akan sakitkan hati saya dalam diam. dan dari hati yang terpaling dalam saya nak ucapkan terima kasih banyak kat awak, sebab sudi jaga hati saya. insyaallah, saya juga akan jaga hati awak dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Allah sebab bukakan hati saya untuk terima dia. semoga perasaan cinta yang ada ini kerana Mu dan berada dalam redha Mu selalu. amin! Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

No comments:

Post a Comment