SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
sedetik lebih nyanyian anuar zain ni betul-betul menambat hati aku...puitis sungguh....bila aku dengar lagu ni rasa macam terbuai-buai jer....alangkah indahnya kalau orang yang aku sayang nyanyikan lagu ni tuk aku...tapi siapa yang aku sayang tu???hurm,ntahlah aku sendiri xpasti....aku rasa aku sayang dia tapi aku xberani nak meluahkan...biarlah segala rasa terendam jauh dalam hati aku...aku dah xnak terlalu berharap,takut dikecewakan....
kadang-kadang aku rasa hidup aku terlalu banyak ruang untuk diisi...tetapi dalam masa yang sama aku xmahu ruang itu diisi.....adakah itu dinamakan ego??bukankah itu sebenarnya satu cara untuk aku menjaga hati sendiri...apalah upayanya aku nak menjaga hati orang lain sedang hati sendiri semakin sakit parah luka berdarah....
kelemahan aku ialah sukar untuk berkata TIDAK...serius....dari dulu lagi....dan once aku berkata TIDAK maka keputusan aku itu memang xdapat diubah lagi...keras hati aku kan.....bagi mengelak untuk itu, untuk melukakan aku diam....kadangkala diam itu lebih baik kan...bukan aku sengaja biar setiap pertanyaan sunyi tanpa jawapan tapi aku mohon ruang untuk berfikir....aku bukan seorang wanita yang mudah terima siapa saja lelaki yang hadir...aku perlu mengenali,memahami sekeping hati itu....baru aku boleh beri dia hati aku setelah aku benar-benar yakin bahawa dialah yang paling layak menerima hati itu........hope bila aku dah beri hati aku dia xsia-sia kan hati aku....
No comments:
Post a Comment