08 June 2011

rindu setengah matiiii......

aku bukanlah manusia arif yang bijak berkata-kata.....diriku cumalah manusia hanya punya jari jemari kurus yang bisa melakar setiap pahit manis hidup pada ruang maya ini....


aku sudah penat dengan rasa sedih yang kadangkala menghimpit diri tanpa sedar.....lantas rasa itu mungkin akan membunuh rasa bahagia yang mula hadir...atau aku sendiri sebenarnya yang mencari bahagia....bahagia untuk aku terus kuat, bangun serta tabah menghadapi hari-hari berat aku.....


aku tidak mencari cinta kerana aku yakin cinta itu hadir pada masa yang tidak kita duga....begitu juga dengan derita....derita aku bukanlah terletak pada rasa kecewa ditinggalkan kekasih hati....sengsara aku bukanlah akibat hancurnya hubungan cinta....luka aku juga bukanlah kerana hilangnya cinta seorang lelaki.....tapi derita sengsara luka aku adalah kerana insan lain yang xpernah tahu perasaan hati seorang wanita....mungkin ini dugaan hidup yang harus aku lalui....


titis airmata yang mengalir kerana kecewanya aku pada lelaki itu....
sungguh aku rindu
rindu masa-masa dahulu..
waktu aku sekolah...
kanak-kanak yang tidak kenal apa itu masalah...
yang dunianya hanya bersama mainan kesayangan


aku rindu dipeluk abah...
aku rindu diangkat abah ke bilik tido bila aku ketiduran di sofa...
aku rindu di datangi abah bila waktu tido....


aku rindu menjadi aku yang 15 tahun dahulu....



sungguh aku rindu ABAH setengah mati......

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

No comments:

Post a Comment