![]() |
| bagaimana ini permulaannya........ |
inginku kisahkan disini dalam duduk bangun aku hari-hari cerita tentang dunia hari ini.....bagi seorang gadis macam aku yang belum kelihatan lagi bayang untuk hidup berteman aku mulai risau akan keadaan sekeliling....tentang hidup mereka yang sudah berteman tapi masih belum puas lantas diri mula mencari teman lain selain sebuah hubungan yang sah lagi mulia iaitu sebuah perkahwinan penyatuan dua hati....
maaf ye jika apa yang aku katakan di sini membuatkan di antara kalian terasa hati....bukan niat aku untuk memjatuhkan, ataupun menyinggung perasaan sesiapa....ini cuma ruang atau cara aku untuk berkongsi pendapat.....disamping mengiongatkan diri aku juga.....
kadang-kala aku semakin tak faham kenapa mesti cari 'skandal' di luar sedangkan diri sudah punya suami/isteri yang sah....punyai sebuah perkahwinan yang lahir dari sebuah cinta yang agung....dan tak kurang pula jika dikurniakan cahaya mata yang comel-comel pengikat hubungan cinta agung itu.....mungkinkah cara mencari skandal itu lebih memberi keseronokkan??
kenapa tidak saja berkongsi rasa gembira bersama keluarga???mengapa tidak dicuba mengkaji,mencari cara yang lebih baik untuk gembira???kalau ingin gembiraa pun biarlah hanya bersama keluarga.....
ntahla,aku xpaham...aku sendiri,keluarga aku sendiri tidak lari dari masalah yang sama...dah lama dah aku rasa bagaimana jika tidak dipedulikan ahli keluarga gara-gara mencari keseronbokkan di luar???bagaimana rasa jika sang ayah menjadi dingin dengan keluarga kerana adanya orang ketiga???dan paling aku xtahan bila lihat wajah sugul ibu yang mahukan suami sentiasa disisi....memberi semangat, menyemai kasih sayang dalam melalui hari-hari tua mereka tetapi keinginan itu dibiar sepi....
aduhai,bila kucoretkan kisah kelurga pasti kelopak mata ku banjir...ishk2....stop it!!!big girl dun cry rite???
dan bila melihat dunia sekarang yang semakin tenat...buatkan aku fobia dengan dunia perkahwinan....perkahwinan itu suci.....jadi mengapa perlu dicemari dengan noda-noda kecil....bukankah lebih baik dikekalkan saat-saat manis alam itu bersama dia yang satu sampai mati???
xperlulah menjadi yang ketiga andai diri sudah menjadi yang pertama.....biarkan kekal ditempat itu sampai bila-bila......manisnya rasai bersama dari mula hingga akhirnya.......kerna itulah yang sebaik-baiknya....!!!
![]() |
| ku inginkan ini sebagai pengakhirannya!!! |
>>semoga ALLAH temukan aku dengan seseorang yang mampu mencintai dan menyayangi aku seadanya!!!amin.


No comments:
Post a Comment